Ensiklopedia Falsafah Stanford (
Stanford Encyclopedia of Philosophy (SEP)) ialah sebuah
ensiklopedia falsafah dalam talian yang diselenggara Universiti Stanford. Setiap entri ditulis dan diselenggara seorang
pakar dalam bidangnya, termasuk
professor daripada lebih 65
institusi akademik di seluruh dunia. Para penulis yang menyumbang kepada Ensiklopedia memberi kebenaran kepada Universiti Stanford untuk menerbit artikel, tetapi memegang
hak cipta artikel.
[1] Sehingga 20 Januari 2011, SEP megandungi 1260 artikel yang diterbitkan. Selain status dalam taliannya, ensiklopedia ini juga menggunakan pendekatan akademik tradisional yang digunakan kebanyakkan ensiklopedia dan
jurnal akademik bagi menentukan mutu penulisan melalui: Ensiklopedia ini ditubuhkan pada tahun 1995 oleh
Edward N. Zalta, dengan tujuan tak tersirat bagi menyediakan ensiklopedia dinamik yang sering dikemaskini, supaya tidak menjadi lapuk seperti ensiklopedia cetak. Piagam ensiklopedia ini membenarkan penerbitan artikel-artikel saingan tentang sesuatu topik bagi mencerminkan percanggahan hujah berdasarkan logik dalam kalangan para sarjana. SEP telah dibangunkan pada mulanya dengan dana awam
Amerika Syarikat daripada
NEH dan
NSF. Pelan jangka panjang mengutip dana bagi mengekalkan akses terbuka kepada Ensiklopedia disokong banyak perpustakan universiti dan konsortium perpustakaan. Institusi-institusi ini menyumbang di bawah pelan yang direka SEP secara usaha sama dengan
Scholarly Publishing and Academic Resources Coalition (SPARC),
International Coalition of Library Consortia (ICOLC) dan
Southeastern Library Network (SOLINET), dengan dana padanan daripada NEH.